Pengenalan PPU

E-mail Print PDF

Pengenalan

Program Usahasama adalah program perdana UiTM yang dijalankan secara kerjasama antara UiTM dengan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS).  Program ini dikawalselia oleh Pusat Pendidikan Usahasama yang telah beroperasi semenjak tahun 1996.  IPTS yang menjalankan program usahasama ini dikenali sebagai Kolej Bersekutu UiTM.

Program Usahasama ini dapat memberi peluang kedua kepada para pelajar yang layak mengikuti Program UiTM tetapi tidak mendapat tempat di kampus UiTM.  Program ini juga secara tidak langsung dapat menyumbang ke arah meningkatkan jumlah enrolmen program akademik UiTM.

Program yang ditawarkan terdiri daripada Program Diploma, Pra dan Sijil UiTM.  Penawaran Program Pra memberi peluang kepada pelajar yang kurang cemerlang melanjutkan pengajian dalam peringkat yang lebih tinggi.

Kini, terdapat 19 buah Kolej Bersekutu (KB) yang menjalankan program usahasama di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Pelajar program usahasama yang telah memenuhi keperluan dan syarat universti akan dianugerahkan Sijil/ Diploma oleh Universiti Teknologi MARA pada hari penganugerahan konvokesyen di Kampus Induk UiTM Shah Alam.

Info

WAWASAN
Menjadi pusat penyedia pembelajaran alternatif kepada bumiputera dalam memenuhi keperluan guna tenaga negara.

MISI
Mengembangkan industri pendidikan secara kerjasama dengan agensi luar selaras dengan misi UiTM dan dasar-dasar negara.

FUNGSI
Mentadbir perjalanan program usahasama UiTM di Kolej Berskutu UiTM.
Memproses permohonan daripada IPTS Bumiputera untuk menjalankan program usahasama UiTM.

OBJEKTIF

            *  Menyediakan peluang maksimum kepada bumiputera bagi mengikuti pendidikan bertaraf profesional dalam bidang sains, industri, teknologi, perdagangan dan seni dengan kerjasama Kolej Bersekutu UiTM (KBUiTM).

            * Mewujudkan program pembangunan kemanusiaan sebagai alat menerapkan sistem nilai di kalangan masyarakat pendidikan usahasama.

            * Memastikan produk Kolej Bersekutu UiTM dapat memenuhi pasaran tempatan gunatenaga manusia separa profesional dan berpeluan melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Objektif dan Matlamat

Program Usahasama yang dijalankan oleh UiTM ialah satu bentuk perjanjian ikatan yang memberi hak kepada Yayasan dan Kolej swasta untuk menjalankan kursus - kursus UiTM di tempat mereka. Dimana kursus yang dijalankan secara usahasama ini akan mengikut silibus atau pun sukatan matapelajaran seperti di UiTM sendiri.

Memandangkan bilangan pelajar sudah bertambah, satu daripada cara untuk menampung permintaan pelajar - pelajar baru yang semakin meningkat ini maka pihak pengurusan UiTM telah mengadakan program usahasama dengan Yayasan dan Kolej swasta tersebut. Dengan adanya program secara usahasama ini, ianya diharapkan dapat memberi peluang kedua kepada pelajar - pelajar yang layak tetapi tidak berjaya mendapat tempat di UiTM untuk melanjutkan pelajaran mereka.Walaupun mereka belajar di luar kampus UiTM, matapelajaran yang diajar adalah sama seperti di UiTM sendiri, malahan peralatan - peralatan yang disediakan di sesetengah Kolej / Yayasan ini adalah lebih baik.Antaranya bilik kuliah berhawa dingin yang dapat memberikan suasana pembelajaran yang selesa.

Program usahasama ini telah bermula semenjak Julai 1996 dan pada ketika itu sebanyak 7 buah Kolej / Yayasan telah terlibat di bawah program usahasama ini. Antaranya Kolej INPENS, IKIP, YBPP, NADI, YPMKL, Alor Gajah dan Cermai Jaya.  Walau bagaimanapun, buat ketika ini ianya telah meningkat kepada 20 buah kesemuanya di seluruh negara.

Program Usahasama ini memang menekankan masalah kualiti apabila memberi pihak lain untuk menjalankan program UiTM.  Sehubungan dengan ini sesebuah institusi yang menjalankan program usahasama UiTM perlu mengikuti silibus yang sama seperti di UiTM sendiri bagi menentukan keselarasan program yang dijalankan.

Untuk memastikan keseragaman dalam mengendalikan peperiksaan akhir, pelajar - pelajar program usahasama UiTM akan menduduki peperiksaan akhir sama waktu dan hari mengikut matapelajaran masing - masing. Pihak UiTM yang menyediakan kertas soalan akhir dan ianya akan diperiksa oleh tenaga pengajar UiTM yang berpengalaman dalam jurusan masing - masing.

Pihak fakulti juga dari masa ke semasa mengadakan bengkel kepada tenaga pengajar dari Kolej / Yayasan. Bengkel ini bertujuan untuk mempastikan keseragaman dalam cara, bahan dan maklumat terkini mengenai matapelajaran yang diajar di UiTM dapat disampaikan juga kepada mereka.  Pihak Fakulti juga mengadakan lawatan ke Kolej / Yayasan untuk meninjau proses pengajaran yang dijalankan oleh Kolej Bersekutu UiTM.

IMPLIKASI

Bertambahnya ikatan kerjasama dan persefahaman yang bakal diwujudkan dari program ini.

Mencetus susulan bagi kajian dan Pusat/Bahagian lain di UiTM untuk melaksanakan konsep Usahasama ke atas kursus-kursus mereka.

Menandakan kejayaan Universiti ini dalam memenuhi hasrat negara melahirkan tenaga mahir bumiputra dalam pelbagai bidang pendidikan.

Kolej Bersekutu akan dapat berkongsi kepakaran dan pengalaman dalam usaha mereka memberikan seluas-luas peluang pendidikan kepada pelajar lepasan Siji Pelajaran Malaysia/ Vokasional Malaysia di negeri masing-masing.

AKTIVITI

AKTIVITI - AKTIVITI UTAMA

    * Menganjurkan program latihan peningkatan kualiti pengajaran dan akademik

    * Menyelaras latihan tenaga pengajar di Kolej Bersekutu

    * Mengadakan perhubungan dengan IPTA yang menjalankan kerjasama dengan IPTS

    * Mengadakan hubungan dengan Kementerian Pengajian Tinggi

    * Memproses permohonan dari IPTS Bumiputera untuk menjalankan program usahasama dengan UiTM

PENGENALAN PPU

Program Usahasama adalah program perdana UiTM yang dijalankan secara kerjasama antara UiTM dengan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS).  Program ini dikawalselia oleh Pusat Pendidikan Usahasama yang telah beroperasi semenjak tahun 1996.  IPTS yang menjalankan program usahasama ini dikenali sebagai Kolej Bersekutu UiTM.

Program Usahasama ini dapat memberi peluang kedua kepada para pelajar yang layak mengikuti Program UiTM tetapi tidak mendapat tempat di kampus UiTM.  Program ini juga secara tidak langsung dapat menyumbang ke arah meningkatkan jumlah enrolmen program akademik UiTM.

Program yang ditawarkan terdiri daripada Program Diploma, Pra dan Sijil UiTM.  Penawaran Program Pra memberi peluang kepada pelajar yang kurang cemerlang melanjutkan pengajian dalam peringkat yang lebih tinggi.

Kini, terdapat 19 buah Kolej Bersekutu (KB) yang menjalankan program usahasama di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Pelajar program usahasama yang telah memenuhi keperluan dan syarat universti akan dianugerahkan Sijil/ Diploma oleh Universiti Teknologi MARA pada hari penganugerahan konvokesyen di Kampus Induk UiTM Shah Alam.

IMPLIKASI KE ATAS PERKEMBANGAN PENDIDIKAN UiTM