Satu Hajat Sejuta Harapan

Written by Super Admin. Posted in Gallery 2016

Program : Satu Hajat Sejuta Harapan
Tarikh :2 Jun 2016 (Khamis)
Tempat : Auditorium Pediatrik, Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur


No images found.

 

Program ‘Satu Hajat Sejuta Harapan’ merupakan salah satu daripada aktiviti pelajar separuh masa Sarjana Muda Komunikasi Massa UiTM Shah Alam (MC 242), yang dibawah seliaan Ketua Pusat Pengajian, Pn Shira Haniza Binti Yaakop. Program yang diadakan telah berjalan dengan jayanya di Auditorium Pediatrik, Institut Pediatrik HKL pada 2 Jun 2016 dari jam 8.30 pagi sehingga 4.30 petang.

Objektif utama program dijalankan bertujuan untuk mengaspirasikan impian dan hajat kanak-kanak yang menghidap penyakit kanser selain memperkenalkan iNED kepada khalayak umum sebagai sebuah institusi pembelajaran sepanjang hayat (PSH) yang telah berjaya membantu ramai golongan bekerjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Selain itu juga kami turut membuka booth untuk mempromosikan program pengajian Diploma dan Sarjana Muda secara separuh masa. Penyertaan iNED UiTM ini dapat memberikan penerangan lebih terperinci kepada orang awam mengenai program yang ditawarkan.

Disediakan oleh:

Pihak Penganjur
Bahagian Pengambilan Pelajar
Institut Pendidikan Neo

Sesi Slot Temubual Selamat Pagi Malaysia

Written by Super Admin. Posted in Gallery 2016

Program : Sesi Slot Temubual Selamat Pagi Malaysia
Tarikh :11 April 2016 (Isnin)
Tempat : Studio 2, Wisma Angkasapuri


 

Pada 11 April yang lalu, pihak iNED telah menerima slot temubual Selamat Pagi Malaysia yang bersiaran secara langsung di Studio 2, Wisma Angkasapuri pada jam 8.30 pagi hingga 8.40 pagi disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Roslani bin Embi. Sesi temubual yang berlangsung selama 10 minit ini bertujuan memberi pendedahan kepada orang awam berhubung pengajian sepanjang hayat.

Disediakan oleh:

Pihak Penganjur
Pusat Pentadbiran & Pengambilan Pelajar (PPPP)
Institut Pendidikan Neo

Karnival Akademik 2016

Written by Super Admin. Posted in Gallery 2016

Program : Karnival Akademik 2016
Tarikh :25 April 2016 (Isnin)
Tempat : Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7


 

Program Karnival Akademik 2016 yang dianjurkan oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7 telah berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 3.00 petang telah menawarkan ruang pameran kepada iNED UiTM untuk mempromosikan program pengajian Diploma dan Sarjana Muda secara separuh masa (e-PJJ/PLK) serta Diploma dan Sarjana Muda sepenuh masa Kolej-Kolej Bersekutu UiTM. Penyertaan iNED UiTM pada karnival ini dapat memberikan penerangan lebih terperinci kepada para pelajar mengenai program yang ditawarkan bagi persediaan sejurus tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Disediakan oleh:

Pihak Penganjur
Pusat Pentadbiran & Pengambilan Pelajar (PPPP)
Institut Pendidikan Neo

Pendaftaran Pelajar Baru Sarjana Muda Sesi Mac 2016

Written by Super Admin. Posted in Gallery 2016

Program : Pendaftaran Pelajar Baru Sarjana Muda Sesi Mac 2016
Tarikh :13 Februari 2016 (Sabtu)
Tempat : Dewan Seri Budiman, UiTM Shah Alam


 

Pada 13 Februari yang lalu, telah berlangsungnya pendaftaran pelajar baru bagi peringkat sarjana muda separuh masa bagi sesi kemasukan Mac 2016. Lokasi pendaftaran pelajar baru kali ini diadakan di Dewan Seri Budiman, UiTM Shah Alam yang bermula pada jam 8.30 pagi sehingga 5.00 petang. Dalam majlis tersebut Timbalan Pengarah iNED, Ustaz Zawawi Temyati telah memberikan ucapan aluan.

Disediakan oleh:

Pihak Penganjur
Pusat Pentadbiran & Pengambilan Pelajar
Institut Pendidikan Neo