Pendaftaran Pelajar Baru Diploma Sesi November 2015

Written by Super Admin.

Program : Pendaftaran Pelajar Baru Diploma Sesi November 2015
Tarikh :7 November 2015 (Sabtu)
Tempat : Dewan Seri Budiman, UiTM Shah Alam


 

Pada 7 November yang lalu, telah berlangsungnya pendaftaran pelajar baru bagi peringkat diploma separuh masa sesi kemasukan November 2015. Lokasi pendaftaran pelajar baru kali ini diadakan di Dewan Seri Budiman, UiTM Shah Alam yang bermula pada jam 8.30 pagi sehingga 3.00 petang. Dalam majlis tersebut Pengarah iNED, Prof. Madya Dr. Roslani bin Embi telah memberikan ucapan aluan

Disediakan oleh:

Pihak Penganjur
Pusat Pentadbiran & Pengambilan Pelajar
Institut Pendidikan Neo

Pertandingan Fotografi bersama NIKON

Written by Super Admin.

Program : Pertandingan Fotografi bersama NIKON


 

Pertandingan Fotografi bersama NIKON yang bertemakan kemerdekaan anjuran Creative Media & Technology (CMT) Hub 2015 telah menawarkan ruang pameran kepada UiTM iNED untuk mempromosikan program pengajian Diploma separuh masa dan Sarjana Muda separuh masa. Penyertaan UiTM iNED pada program ini dapat memberikan penerangan lebih terperinci kepada warga UiTM dan orang awam mengenai program yang ditawarkan.

Disediakan oleh:

Pihak Penganjur
Pusat Jaringan Industri, Pemasaran & Pengambilan Pelajar (PJIPP)
Institut Pendidikan Neo

Program Let’S Zumba With iNED

Written by Super Admin.

Program : Let’S Zumba With iNED

Program Let’S Zumba With iNED ini merupakan salah satu daripada aktiviti pelajar epjj tahun akhir Sarjana Muda Komunikasi Massa UiTM Shah Alam (MC 242), yang dibawah seliaan KPP kami, Pn Shira Haniza Binti Yaakop. Program yang diadakan selama tiga hari 26-28 November 2015.

Objektif utama program diadakan bertujuan untuk memupuk budaya hidup yang sihat di kalangan masyarakat,selain memperkenalkan iNED sebagai sebuah institusi pembelajaran sepanjang hayat (PSH) yang telah berjaya membantu ramai golongan bekerjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi selain itu juga kami membuka booth untuk mempromosikan program pengajian Diploma dan Sarjana Muda secara separuh masa (e-PJJ/PLK). Penyertaan iNED UiTM ini dapat memberikan penerangan lebih terperinci kepada orang awam mengenai program yang ditawarkan

 

1) Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya (26 November 2015)

 

2) Kompleks D8, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya (13 – 15 Mac 2015)

 

3) Dataran Gemilang Presint 4, Putrajaya (28 November 2015)

 

Disediakan oleh:

Pihak Penganjur
Pusat Pentadbiran & Pengambilan Pelajar (PPPP)
Institut Pendidikan Neo

Taklimat Peluang Menyambung Pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Written by Super Admin.

Program : Taklimat Peluang Menyambung Pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Tarikh : 8 September 2015 (Selasa)
Tempat : Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Rembau


 

Pada 8 September lalu, pihak iNED telah dijemput untuk memberikan taklimat peluang menyambung pengajian di UiTM kepada pelajar semester akhir Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Rembau. Taklimat ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar kursus Sijil dan Diploma serta warga kerja pentadbiran selain membantu mereka membuat pilihan yang tepat dan sesuai sesudah menamatkan pengajian berdasarkan keputusan yang diperolehi.

Disediakan oleh:

Pihak Penganjur
Pusat Pentadbiran & Pengambilan Pelajar (PPPP)
Institut Pendidikan Neo

Karnival Kerjaya & Keusahawanan 2015 (K3G 2015)

Written by Super Admin.

Program : Karnival Kerjaya & Keusahawanan 2015 (K3G 2015)
Tarikh : 4 – 6 September 2015 (Jumaat – Sabtu)
Tempat : Sunway Resort Hotel & Spa


 

Program Karnival Kerjaya & Keusahawanan 2015 (K3G 2015) yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menawarkan ruang pameran kepada iNED UiTM untuk mempromosikan program pengajian Diploma dan Sarjana Muda secara separuh masa (e-PJJ/PLK). Penyertaan iNED UiTM pada karnival ini dapat memberikan penerangan lebih terperinci kepada orang awam mengenai program yang ditawarkan.

Disediakan oleh:

Pihak Penganjur
Pusat Pentadbiran & Pengambilan Pelajar (PPPP)
Institut Pendidikan Neo

Kursus Jangka Pendek "Interpersona; Skill & Mastering Telephone Etiquette"

Written by Super Admin.

Program : Interpersonal Skill & Mastering Telephone Etiquette
Tarikh : 15 & 16 Jun 2015
Tempat : De Palma Hotel, Ampang


 

Baru-baru ini pihak iNED telah dijemput khas untuk menganjurkan kursus “Interpersonal Skill & Mastering Telephone Etiquette” kepada 26 orang kakitangan Felcra Plantation Service S/B. Kursus ini diadakan pada 15 & 16 Jun 2015 di De Palma Hotel, Ampang Kuala Lumpur dan dihoskan oleh Prof Madya Hajjah Yon Baniah Wan Aris, pensyarah kanan daripada Fakulti Pengurusan Perniagaan. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan mutu kemahiran dan etika kakitangan Felcra ketika menjalankan kerja seharian, terutamanya yang menglibatkan urusan dengan pelanggan.

Disediakan oleh:

Pihak Penganjur
Pusat Pentadbiran & Pengambilan Pelajar
Institut Pendidikan Neo

Kursus "Google+ For Education"

Written by Super Admin.

Program : Google+ For Education
Tarikh : 09 & l0 Jun 2015 (Selasa)
Tempat : Perpustakaan Tun Abdul Razak 1 (PTAR) UiTM Shah Alam


 

Kursus Jangka Pendek “Google+ For Education” yang dihoskan oleh Dr. Ahmad Rithaudin Md Noor, pensyarah kanan daripada Fakulti Muzik telah berlangsung dengan jayanya pada 09 & 10 Jun 2015 di Perpustakaan Tun Abdul Razak 1 (PTAR) UiTM Shah Alam. Tujuan kursus ini diadakan untuk meningkatkan mutu kemahiran tentang bagaimana untuk menggunakan aplikasi yang tersedia di dalam Google+ bagi tujuan pendidikan.

Disediakan oleh:

Pihak Penganjur
Pusat Pentadbiran & Pengambilan Pelajar
Institut Pendidikan Neo

Penyertaan Pasar UCTC Putrajaya

Written by Super Admin.

Program : Penyertaan Pasar UCTC Putrajaya
Tarikh : 14 April 2015 (Selasa)
Tempat : Dataran di Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Pelancongan Malaysia


 

Pasar UCTC Putrajaya yang bertempat di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pelancongan Malaysia telah menawarkan satu ruang tapak kepada (iNED) UiTM untuk tujuan mempromosikan serta mengwar-warkan program pengajian separuh masa (e-PJJ/PLK) kepada kakitangan kerajaan dan orang awam sekitarnya. Program yang berlangsung bermula jam 9 pagi hingga 4 petang ini juga membolehkan iNED untuk turut mempromosikan program usahasama dengan Kolej-Kolej Bersekutu UiTM.

Disediakan oleh:

Pihak Penganjur
Pusat Jaringan Industri, Pemasaran & Pengambilan Pelajar (PJIPP)
Institut Pendidikan Neo

Program Selangkah UiTM (Shah Alam)

Written by Super Admin.

Program : Program Selangkah UiTM (Shah Alam)
Tarikh : 14 Mac & 15 Mac 2015
Tempat : Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam.


 

Pada Mac 2015 lalu, UiTM mengadakan Karnival Selangkah UiTM untuk menerima kunjungan ibu bapa dan para pelajar lepasan SPM 2014. Karnival ini memberikan sedikit sebanyak pengetahuan kepada mereka mengenai program – program yang ditawarkan di UiTM. Fakulti-fakulti, jabatan dan unit berganding bahu di dalam menjayakan karnival ini dimana dapat memberikan penerangan jelas kepada mereka. Unit Hal Ehwal Akademik UiTM turut terlibat di dalam karnival yang diadakan setiap tahun ini. Amat jelas bahawa kunjungan tanpa henti dari pelawat menjadi pembakar semangat kepada staf-staf UiTM untuk terus memberikan khidmat dan nasihat kepada mereka. 

Disediakan oleh:

Pihak Penganjur
Pusat Jaringan Industri, Pemasaran & Pengambilan Pelajar (PJIPP)
Institut Pendidikan Neo

Taklimat iNED

Written by Super Admin.

Program : Taklimat iNED
Tarikh : 28 Januari 2015
Tempat : Pejabat Tanah dan Daerah Batang Padang


 

Disediakan oleh:

Pihak Penganjur
Pusat Jaringan Industri, Pemasaran & Pengambilan Pelajar (PJIPP)
Institut Pendidikan Neo