Kursus Asas pengenalan Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja (OSHA) Siri 1- 21 & 22 Januari 2013

E-mail Print PDF

KURSUS ASAS PENGENALAN PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA (OSHA) SIRI 1


Buat julung kalinya pada tahun ini, Institut Pendidikan Neo (iNED) telah berjaya menganjurkan Kursus Asas Pengenalan Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) pada 21 dan 22 Januari 2013.

Penceramah jemputan untuk kursus ini ialah Profesor Madya. Dr. Sariwati binti Mohd Shariff. Beliau merupakan Ketua Pengajian Siswazah di Institut Pengangkutan Malaysia (MITRANS) di UiTM dan juga “Registered OSH Officer Certificate” daripada NIOSH semenjak tahun 2008. Mempunyai pengalaman luas di sektor swasta dan industri telah menjadikan beliau lebih berminat untuk membincangkan topik suasana keselamatan di tempat kerja sebagai perkongsian idea bersama peserta kursus.

Kursus OSHA telah menjadi platform kepada kesedaran pekerja, individu atau organisasi yang berkemungkinan terdedah kepada bahaya persekitaran mahupun suasana di tempat kerja yang tidak selamat. Ini berikutan terdapatnya kes-kes kritikal yang pernah berlaku dan pembelaan kepada mangsa perlu mengikut undang-undang di dalam Akta keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994 (Act 514 – AKKP 1994). Amatlah malang jika seseorang individu itu tidak dibela, sedangkan kecacatan kekal akibat daripada kecelakaan di tempat kerja tidak mungkin dapat dibendung. Kemalangan di tempat kerja akan menyebabkan seseorang individu itu mungkin mengalami tahap moral yang lemah, tahap keyakinan yang rendah, dan tiada motivasi diri selepas kejadian yang mungkin tidak disangka akan berlaku.

Anda sebagai individu perlu patuh dan sedar dengan perubahan persekitaran. Jika anda dilindungi, apakah undang-undang yang digunapakai untuk membela anda? Maka kursus ini adalah jawapan kepada permasalahan yang timbul, dan pencegahannya boleh dilakukan dari mula saat anda membaca artikel ini.



Disediakan oleh:
Pihak Penganjur
Pusat Jaringan Industri, Promosi dan Pemasaran (PJIPP)
Institut Pendidikan Neo